Tuesday, May 29, 2007

SISTEM SMS GATEWAY

SISTEM SMS GATEWAY
Sistem ini biasanya menggunakan nombor-nombor seperti 3322x, 3222x, 2299x, 3456x dan sebagainya. Kita biasa melihat nombor-nombor gateway ini di TV, di surat khabar dan majalah  dan sebagainya). Selain itu penggunaanya berbeza mengikut tujuan dan sasaran pasaran dan pengguna. Kerana ia bergantung kepada organisasi/syarikat yang menggunakan sistem ini

Apa yang pasti, syarikat tersebut atau individu yang memiliki sistem ini sebenarnya menjana wang setiap masa. Inilah rahsia mereka duduk rileks dan duit masuk.

KENAPA SISTEM SMS

  1. Kadar caj semakin murah
  2. Kandungan semakin mudah
  3. Semua hanphone menyokong SMS
  4. Semakin popular, teknologi secanggih manapun (gprs,edge,3G )masih belum mampu mengatasi kehebatan SMS.
  5. Populasi malaysia meningkat kepada 27 juta, tak termasuk mat indon, bangla, pakistan, nepal, vietnam, india, china dan sebagainya.
  6. Daripada jumlah itu 80% mempunyai telefon bimbit .
  7. Contoh penggunaan sistem SMS:
  • Keputusan peperiksaan
  • Semak saman
  • Akaun dan maklumat bill
  • Broadcasting; beritaAcara, iklan
  • Peringatan
  • Undian
  • Aduan
  • Interactive; kuiz, chat
  • Kebajikan, derma
  • Derma
  • Kesihatan
  • Soal jawab agama
  • Masalah sosial/kaunseling
  • Pendidikan
  • E-dagang
  • Makanan&minuman
  • Mencari jodoh/kawan
  • Perbankan&kewangan
  • Pengiklanan&pemasaran
  • Muzik (download ringtone)
  • Penerbitan
  • Mencari kerja

FAEDAH KEPADA SYARIKAT

FAEDAH KEPADA SYARIKAT

  1. Meningkatkan pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan yang dikenakan caj kepada pengguna
  2. Kebolehan menarik pelanggan dengan menawarkan pelanggan dengan perkhidmatan baru
  3. Meningkatkan imej dengan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam kehidupan berteknologi
  4. Mengurangkan kesusahan pelanggan dan meningkatkan kesetiaan pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan yang mesra pengguna,di mana pelanggan mudah untuk mendapatkan maklumat dari syarikat
  5. Sistem SMS yang menggunakan telefon bimbit sebagai asas kini menjadi keperluan setiap orang setiap kali keluar rumah, ia merupakan medium terbuka untuk berkomunikasi
FAEDAH KEPADA PELANGGAN
Meningkatkan kepuasan dengan mendapat fleksibiliti, • Menjimatkan masa dan akses mobiliti yang tidak terhad terhadap perkhidmatan syarikat
KOS
Pelaburan sangat rendah, anda tidak perlu melakukan penyelenggaraan. Tiada hardware atau infrastruktur diperlukan. Semuanya diuruskan di pusat data Xwave (sharing SMS shortcode). Sesuai untuk korporat,kerajaan, SME dan individual. Sebarang kos tidak dinyatakan di sini bagi tujuan perbincangan kepada mana-mana pihak yang berminat.